Saturday 30 November 2013

Baja Untuk Pertanian Moden Masa Kini...Cuba Sekali 'Kompom' Puas Hati !!! STOK...KEHABISAN SUDAHHHH...

 Baja Dolomite Perawat Tanah dan sesuai untuk semua jenis tanaman


Kandungan yang terdapat dalam baja ini : 

Nitrogen, Fosfuros, Potassium, Besi, Kalsium, Magnesium, Aluminium dan Silika.


Sebelum ini banyak di ketengahkan baja serbuk dan cecair tapi kali ini saya akan ketengahkan baja biji pula kerana melihat potensinya untuk membantu petani-petani dalam menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dan berkuantiti di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan...
Produk dari negara jiran  rdan dah ramai petani-petani dari sana sudah menggunakannya kerana ianya membantu mereka dalam menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dan berkuantiti...

Kenapa di ketengahkan baja ini? Haaa...nak kena tau jugak le kan? 
Ok,macam ni dari apa yang saya tengok baja ini mempunyai ZAT TAMBAHAN ASAS  seperti NITROGEN, FOSFORUS, POTASSIUM ianya zat tambahan yang baik untuk proses tumbesaran pokok.

Selain itu, ZAT TAMBAHAN SAMPINGAN seperti KALSIUM, baik untuk penguraian tanah, menghasilkan pokok yang bermutu, akar yang menjalar baik menambahkan kualiti pada buah, mengelakkan buah dari cepat gugur. Dengan adanya MAGNESIUM yang baik adalah untuk menambahkan klorofil dalam daun, mengalakkan proses fotosintesis berlaku dengan sempurna dan mengekalkan zat dalam tanaman.
SILIKA, BESI, SULFUR, BORON, MANGANESE yang baik untuk proses penguraian tanah dan mengekalkan kesegaran pada sayur-sayuran dan ianya adalah ZAT TAMBAHAN YANG BAIK UNTUK TANAMAN.

Kekuatan yang ada pada baja ini : 
1- Mempercepatkan proses penguraian dan memgekalkan zat tambahan dalam tanah.
2 - Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman
3 - Mengurangkan serangan serangga perosak
4 - Sesuai untuk tanaman jenis sayuran dan kesegaran pokok
5 - Baja organik yang tidak mempunyai bahan kimia


KELEBIHAN BAJA INI (dari sumber yang saya dapat) :

1. Baja ini membantu mempercepatkan proses tumbesaran pokok terutama pada bahagian batang, akar, daun dan bunga. Ia juga mebantu membekalkan zat mengelakkan buah dari gugur.

2. Ianya juga mengekalkan kehijauan daun dengan membantu menambah klorofil pada daun.

3. Mengubah unsur tanah menjadi lebih sesuai untuk pertanian seperti menambahkan oksigen dalam tanah dan mengurangkan tahap keasidan tanah.

4. Baja yang bermutu tinggi dan sangat berkesan untuk tanaman.

5. Membantu mengelakkan tanaman daripada serangan fungus, bakteria, kerosakan kulit pokok dan penyakit kerosakan akar.

6. Membantu untuk menambahkan hasil buah yang bermutu tinggi dan lebat.

7. Membantu proses penguraian tanah, menjadikan tanah gembur serta mengurangkan asid dalam tanah.

8. Zat tambahan organik tanpa campuran kimia ini adalah baik untuk tumbesaran pokok dan sangat selamat untuk manusia sebagai penggunanya.

9. Air dari kawasan pertanian yang menggunakan baja ini boleh disalurkan terus ke kawasan kolam ternakan seperti ikan dan udang kerana tidak merbahaya dan baik untuk pengubahan unsur tanah dalam kolam... 

(untuk lihat gambar besar klik je pada gambar)

Jadi rasanya mesti dah tahu kan...baja ni sesuai buat semua...
Harga berpatutan...
Nak order 1 bag/50kg agak-agaknya macamana poslaju nak hantar ye? hahaha...
Jadi kena la faham...kuantiti order biarlah sekali hantar gunakan lori...
Contohnya 5 tan ke atas memanglah digalakkan...jadi berbaloi la nak hantar...hehehe...

Jadi, apa-apa pun pertanyaan boleh 
SMS/Call no.H/P ni :
017-48 113 49

Stok jangan bimbang memang dok ada...kalau tadak pun kena bagi ada jugak...

Thursday 19 September 2013

NUZ CAHAYA NUSANTARA ENTERPRISE (PG 0319022-W)



NUZ CAHAYA NUSANTARA ENTERPRISE (PG 0319022-W) adalah pembekal produk-produk berasaskan kegunaan untuk pertanian. (sebelum ini belum ada syarikat cuma sekadar pembekal shj.

Matlamat penubuhan syarikat ini adalah untuk mendekatkan serta mengeratkan lagi hubungan bersama petani-petani dalam memperkenalkan produk-produk berasaskan Pembajaan , Pemulihan dan Penjagaan tanaman pertanian di samping memperkenalkan produk-produk berkualiti untuk hasil lebih berkuantiti kepada petani-petani.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk-produk yang di paparkan di dalam weblog ini sila hubungi :

SMS/Call : 017- 48 113 49
Whatsup : 017- 58 21 998

atau anda boleh email : northernmatrix@gmail.com

atau anda juga boleh PM ke laman facebook : NUZ Cahaya Nusantara.

Terima kasih kerana mengunjungi weblog ini moga ada info di sini yang boleh anda guna untuk penghasilan yang lebih baik untuk tanaman anda.

HASIL YANG MENAKJUBKAN ADALAH PASTI ! ! ! (PRODUK INI KEHABISAN STOK DAH ! ! !)

Petani bijak menggunakannya ! ! !

Memperkenalkan untuk anda,

BAJA SIAM B-20

 

Produk ni telah banyak di gunakan di bahagian Utara tanah air kita untuk tanaman padi. Apakah keistimewaan produk ini hinggakan pesawah-pesawah padi di sini selalu menggunakannya?

Produk ini di datangkan dari negara jiran,kegunaannya adalah untuk tanaman bukan sahaja padi semata-mata tetapi juga untuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana ia bertindak sebagai
BAJA BAGI PENGHASILAN BUAH YANG BERSIH, CANTIK DAN PADAT !

Begitu juga kegunaannya pada pokok padi, penggunaannya akan menghasilkan buah padi yang bersih, licin serta menambah lagi kualiti padi selain menambah berat buah kerana dengan kegunaan BAJA SIAM B-20 ini menghasilkan ISI PADI yang PADAT atau loghat orang Utara kata "Buah Cekang".
Sudah terbukti ! ! !
Di datangkan dengan isian 725ml (Botol Kaca)
Cara guna :
80ml/pam 20Liter @ 90ml/pam 25Liter
725ml = 9-10pam 20Liter @ 8pam 25Liter

Seperti juga BAJA SIAM SUPER , kegunaannya hanyalah sekali dalam semusim padi iaitu pada padi 85-90 HLT (ketika padi tunduk nak masuk isi) waktu ini pada bagus jika di masukkan BAJA SIAM B-20 ini atau di campur bersama BOOM FLOWER-n untuk hasil yang lebih maximum ! ! !...
Kalau BAJA SIAM SUPER (dalam ruangan 'Tersohor di Utara Tanah air') dalam bentuk serbuk yang larut air, BAJA SIAM B-20 pula adalah cecair yang larut air.

Boleh di campur dengan larutan racun serangga atau kulat (tiada masalah dan memudahkan kerja)

HASIL CAMPURAN BAJA SIAM B20 & BOOM FLOWER
(klik gambar untuk gambar besar)
HASIL MENAKJUBKAN ADALAH PASTI !!!

ANDA BOLEH DAPATKAN PRODUK INI...SILA HUBUNGI SAYA...
(HARGA PALING 'BEST' UNTUK HASIL YANG LEBIH HEBAT)
SMS/CALL : 017-48 113 49
(pastikan yang 100% original sahaja)

Wednesday 13 March 2013

PEMBAIK PULIH TANAH DAN PENCAMBAHAN (2 in 1) - SAWAH PADI PERLUKAN INI ! ! !

PRODUK ARTISAN
PROBIOTIK 'EM' SEMULAJADI TUMBUHAN

Di datangkan 2 dalam 1 (dalam sebungkus-khas untuk 1 relong Penang,Perak)

ECO (PROBIOTIC) - membaik pulih tanah yang rosak
dan
GROWTH (ENZYME)- penggalak pembiakan/pertumbuhan pokok.

Sesuai di gunakan untuk semua jenis tanaman terutama sekali untuk tanaman padi yang mana kegunaan racun yang banyak membolehkan tanah menjadi rosak/masam dan akan menjejaskan pertumbuhan tanaman dan mengurangkan hasil tuaian.
Produk ini di datangkan setelah melalui banyak tapisan dan kaedah dalam penghasilannya di dalam makmal dan penghasilan produk ini menggunakan teknologi terkini di 2 buah kilangnya yang terletak di Selangor dan Johor.
Produk ARTISAN ini di gunakan hanya sekali dalam semusim iaitu ketika
20 hari lepas tabur dan kerana ianya adalah sejenis enzim (mikrob) hidup jadi tidak di benarkan menggunakan racun dalam tempoh yang telah di tetapkan kerana tidak mahu menganggu percambahan mikrob di dalam tanah dan tanaman.
7 hari sebelum dan 7 hari selepas menyembur baja ini tidak di benarkan menyembur sebarang racun (tak kira la racun serangga ke,ulat ke atau racun rumpai sekali pun) ke plot tanaman
Tapi kalau nak masukkan baja atau vitamin di bolehkan. 

Kekuatan produk ini :
- MEMPERBAIKI TANAH YANG ROSAK BALIK KE PH YANG ASAL.
- MENGUATKAN PERTUMBUHAN AKAR
- MENGGALAKAN PENUMBUHAN DAN MENINGKATKAN KADAR CAMBAHAN. 
- MENINGKAT KEUPAYAAN TANAMAN TERHADAP SEBARANG IKLIM
- TANAMAN LEBIH SIHAT DAN LEBIH MANTAP.
- DAPAT MENINGKATKAN HASIL TUAIAN.
- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.




Cara bancuhannya :
Buka semua peket (20g) di campurkan sekali ke dalam sebuah bekas air.
Masukkan air dan biarkan 1 jam
Selepas 1 jam bahagikan ke jumlah Pam Penyembur untuk 1 relong.
(kalau 1 relong 4 pam maka bahagikan kepada  4)
Pam 16L / 18L / 20L / 25L sukatan tetap sama asalkan untuk 1 relong (semua tu)
Sebelum di masukkan ke dalam Pam, pastikan anda tapis terlebih dahulu (dengan kain lebih baik) kerana ianya mengandungi serdak-serdak yang bakal melekat pada nozzle pam dan menganggu kerja menyembur nanti.
Memang agak renyah tapi bila tengok hasilnya nanti PASTI ANDA PUAS HATI.



DAPATKAN HANYA DARI :
CALL/SMS : 017- 48 113 49 

P/S : Jangan lupa, 7 hari sebelum dan 7 hari selepas jangan meracun jika anda mahukan hasil yang maksimum dengan menggunakan produk ini.


Thursday 17 January 2013

Formula Penghasilan Padi Maksima (STOK 2013, DAH TIADA DAH...HABISSS ! ! !)

GROMAX PADI



Formula yang di cetuskan dengan kerjasama antara syarikat CCM (cap kepala ayam) bersama MARDI (bukan senang nak dapat kepercayaan MARDI untuk letakkan logo MARDI pada label untuk komersial kena buat banyak percubaan dulu,dah lulus percubaan baru dapat guna logo tu.)

Kandungan N : P : K tidaklah setinggi seperti yang selalu di gunakan untuk pembajaan buah tetapi kandungan TE dan NHA itu yang menjadi kelebihan pada baja ini.






Cara menggunakannya juga akan mendatangkan syak wasangka (heh...) bukan apa selalunya jarang petani menyembur baja atau racun ketika padi keluar jarang-jarang setangkai kerana ada yang jangka akan menganggu padi nak keluar buah tapi tidak bagi baja ini.

Ianya di sembur ketika pembungaan awal padi (ini yang di sarankan) dengan sukatan 250ml/pam.

Seterusnya sekali lagi selepas 10-14 hari selepas semburan pertama tadi..(tak payah tunggu nak masuk isi baru nak sembur) juga dengan sukatan 250ml/pam.

Ianya tiada masalah jika mahu di campur sekali dengan racun-racun padi yang berkaitan pada masa itu.

GROMAX PADI dapat menghasilkan 16pam semburan.




Penggunaannya yang hanya di gunakan 2 kali sahaja dalam semusim dan menampakkan hasil yang menarik, ini menjadikan ianya baja yang paling laris dalam pasaran sekarang ini.

Bagi anda yang belum lagi mengetahui tentang baja ini dan ingin mencuba ia pada tanaman padi anda, dapatkannya dengan menghubungi nombor phone di bawah...
Harganya yang setimpal dengan hasil yang akan di keluarkan.

Pasti ada kelainan musim tuai padi anda kali ini ! ! !

Hubungi :

Call/SMS : 017-48 113 49