Sunday 30 November 2014

JUTAAN TERIMA KASIH PETANI (RAKAN-RAKAN NORTHERNMATRIX) ! ! !



Kami di NUZ Cahaya Nusantara Ent. mengucapkan ribuan serta jutaan terima kasih petani-petani yang membeli dan menggunakan produk yang kami pasarkan sepanjang kami beroperasi. Ada di antaranya sampai ke hari ini masih on contact kerana mencari produk yang telah diguna pada musim lepas.. Tak tahu apa sebabnya mungkin kerana hasil yang meningkat atau kerana permintaan dari rakan dan taulan yang ingin mengguna produk yang telah di gunanya musim lepas...wallahualam...apa pun terima kasih kerana mempercayai kami.

Penghasilan yang berkuantiti dan berkualiti sememangnya adalah impian buat semua petani, tidak kira bidang tanaman apa sekali pun pastinya ini yang di tuju selain menambah pendapatan ianya juga dapat memberi kepuasan kepada pengguna dan mendatangkan berkat dalam rezeki dan hidup akan di Rahmati Ilahi...

Kami di NUZ CNE juga akan memastikan produk terbaik yang kami pasarkan dapat memenuhi seperti mana yang petani mahukan kalau tidak dapat seperti mana yang di impikan sekadar ada tambahan dalam pendapatan pun amat kami bersyukur jangan tidak menjadi lansung. Kami sekadar cuba membantu selebihnya kuasaNya yang menentukan.

Lama saya tidak berceloteh di dalam blog ni dan lama juga tidak update produk-produk terkini jadi sempena tahun baru yang akan datang ni,saya akan cuba uploadkan seberapa banyak produk-produk (terutama produk berasaskan baja tanaman untuk anda buat pilihan) Jika ada yang berkenan dan memenuhi sepertimana yang anda mahukan jangan ragu-ragu untuk hubungi secara SMS/CALL tentang harga pula, anda jangan risau In Sha Allah saya cuba beri yang terbaik untuk anda.

Harga setiap produk dari syarikat ini adalah berpatutan kami tidak menekan pembeli dengan harga yang tinggi hanya sekadar syarat berniaga perlu juga ada untung biar pun sedikit. Lebihan dari keuntungan ini juga kami akan terus mencari dan perkenalkan kepada anda produk-produk yang berkualiti dan efektif kepada tanaman anda.

Terbaru dari NUZ CNE adalah baja dari Thailand iaitu BAJA SIAM K43 (KHUSUS UNTUK TANAMAN PADI) & Baja jenama  DR.GROW (NUZ CNE adalah pembekal tunggal produk ini) serta beberapa produk lagi yang mungkin akan anda temui dalam blog ini selepas saya upload nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :





Terima kasih kerana terus menyokong kami di NUZ Cahaya Nusantara Ent.
Moga penghasilan berkuantiti dan berkualiti memberi manfaat kepada anda dan sejagat.