Monday 7 March 2016

BIO ZEOLITE BERADA DALAM KELASNYA TERSENDIRI, TERBAIK ANTARA TERBAIK !!!

Assalamualaikum...salam sejahtera,salam ceria & salam berbahagia buat semua kekawan yang sudi menjenguk ke sini.. Kali ni ada baja air yang saya nak ketengahkan moga ada manfaatnya buat semua yang membaca, tak beli pun tak apa janji info tu sampai.. Ok,jom saya perkenalkan 1 baja yang tengah HOT la ni...memang banyak permintaan sampaikan kena gandakan stok musim ni..

BIO-ZEOLITE


(NUTREIN, HORMON DAN VITAMIN TERBAIK UNTUK TANAMAN)

Baja ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini dalam arah memacu pembangunan dalam bidang pertanian yang mana sekarang ni mempunyai masalah dengan tanah yang kurang subur (kerana terlalu banyak mengandungi toksik dan bahan-bahan kimia).

Kegunaan racun yang semakin lama semakin banyak dan kuat menjadikan struktur tanah menjadi kering, kelembapan tanah seolah hilang dan mengurangkan nutrein yang terkandung dalam tanah. Kerana faktor ini kebanyakan tanaman pada luaran tampak sihat tapi dalaman dan hasil yang terhasil dari tanaman tersebut agak mengecewakan petani. Mana taknya, setelah modal yang di keluarkan untuk racun mungkin meningkat kerana kekebalan penyakit dan serangga yang seolah imun pada racun setelah sekian lama terdedah pada racun dah tu hasil pulak mengecewakan. Racun la mahai...yang boleh dari subsidi tu lain laaa...kan?

Kedatangan baja ini sikit sebanyak membantu para petani dalam menghadapi masalah berkaitan, dalam memacu pertanian ke arah yang lebih efisien dan profesional dalam penanaman dan penghasilaan terbaik tanaman...dah mula sembang macam menteri la pulak...heh! Tapi memang betul la...tak kan kita nak dok takuk lama jer...nak gak maju ke depan!


Memang sapa2 pun tak nafikan la ni  banyak jenis baja di ketengahkan dan  yang ni pun kira salah satu dari yang banyak-banyak tu. Alahhh,yang tengah usaha bendang,kebun mesti tau kan..banyak baja dari luar negara yang lebih bermutu dan lebih baik dari baja penghasilan anak watan betul dak? Baja dari USA, German, Japan, Belgium, Thailand dan beberapa negara lain termasuklah India.. Ini adalah penghasilan anak watan yang banyak menimba ilmu dari negara-negar maju pertanian dan ilmu yang beliau pelajari ni ingin di kongsikan bersama anak-anak bangsa dalam merealisasikan pertanian moden yang lebih baik dari segi TANAH,TANAMAN dan HASIL.

Kejayaan demi kejayaan telah tercipta setelah ramai yang yang pada mulanya hanya mencuba dan semakin menjadi-jadi pulak permintaan atas baja ini. Betul baq hangpa, tak sangka la pulak.. Ada yang mula nak try tu kerana malu alah kat saya ja..tapi lepas tuai tanaman mula la cari no.telepon saya balik nak gtau nak order lagi..bukan kata di kalangan orang kita ja ,ada juga dari bangsa lain pun sama... Bak kata ayat ini,

“Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Ramai Dah Guna, Tak Baguih Depa Lupakan Saja, Ini Tak Setiap Musim dok Order !!!”

Hehehe..boleh tera tu?

Nutrein yang terkandung dalam baja ini di hasilkan bersama dari BAJA GUNUNG BERAPI atau ada yang mengenalinya sebagai ZEOLITE. Selalunya kita dapati ZEOLITE ni di datangkan dalam bentuk granule/biji kecil tapi sekarang dengan teknologi terkini di rumuskan dan dimampatkan sekali dengan elemen bio yang disuntik ke dalam baja ini menjadikan baja ini antara baja hybrid berteknologi tinggi dalam membaiki, memperbetulkan stuktur tanah serta menyuburkan tanaman.

(iklan baja ZEOLITE biji 2 tahun sudah)

Dulu saya pun juai baja Zeolite gak yang granule tu, 1beg 25kg..ni haaa, kat atas tu iklan dulu 2 tahun sudah...kat situ boleh tengok apa manfaatnya ZEOLITE,kot kalau ada yang nak lagi baja ni boleh la contact saya naaa...kot la nak try..tapi buat masa la ni stok saya memang tak simpan,nak kalu order dulu bankin la sikit buat cengkeram...ek?

Berpatah balik tentang baja BIO-ZEOLITE,

YA,BAJA INI SEMUANYA DI DALAM SATU...HEBAT HASIL ANAK WATAN KITA NI !!
Ianya bertindak sebagai baja serbaguna bagi semua tanaman dengan mengikut sukatan yang telah di tetapkan, ramai yang telah menggunakan baja ini amat berpuas hati dan dengan penggunaan yang jimat menjadikan baja ini baja pilihan untuk tanaman mereka setakat ini.



MULTI PURPOSE ZEOLITE FERTILIZER (BAJA SERBA GUNA ZEOLITE)

Digunakan untuk,

MERAWAT DAN MENYUBURKAN TANAH – kandunagn ZEOLITE (LAHAR/BAJA GUNUNG BERAPI) yang terdapat dalam baja ini ianya bertindak merawat serta menyuburkan tanah. Ianya tak panas malah memberi kelembapan pada tanah dalam jangka masa lama dalam kata lain menyejukkan dan seimbang kan suhu tanah untuk tanaman.

BAJA HORMON POKOK – Kandungan bio teknologi yang terdapat dalam baja ini bertindak sebagai hormon untuk pokok bermula dari akar hingga penghasilan buah.

VITAMIN TINGGI – Dengan zat yang ada pada kekuatan ZEOLITE dan Bio yang terdapat dalam baja ini mencukupi untuk memberi pokok zat serta vitamin yang tinggi di perlukan bagi setiap tanaman.

Baja ini juga merangkumi keperluan bagi tanaman dan ianya memang sesuatu yang jimat bagi petani kerana ianya juga sudah tersedia dalam kandungan,

BAJA AKAR, BAJA BATANG, BAJA DAUN, BAJA BUNGA, BAJA BUAH dan ia juga merupakan BAJA PERLINDUNGAN bagi tanaman yang menggunakan baja ini. Jadi di sini kita dapat tengok betapa jimatnya kos yang telah di jimatkan.

Penggunaan yang simple, efektif lagi menjimatkan memang sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang ni,
TANAMAN PADI - 150-200ml /20L air (di syorkan semburan pada 20,60 dan 80 hari lepas tabur/tanam)

KELAPA SAWIT/GETAH – 200-300ml / 20L air

TANAMAN BUAH-BUAHAN/SAYUR-SAYURAN/BUNGA-BUNGAAN – 150ml / 20L air.

HARGA YANG TIDAK MEMBEBANKAN DENGAN HASIL YANG BAKAL DI TERIMA.

Harga baja BIO-ZEOLITE

4L – RM120 (sudah termasuk kos penghantaran)
NI HARGA SEBELUM NI...

TAPI, haaa...ada tapi tuuu...

SEMPENA MENGHARGAI SOKONGAN ANDA,saya tawarkan harga pengenalan ini buat anda... Kena fikir gak mesti ada yang nak TRY dulu,yedak? Ni kira harga pengenalan bagi yang nak cuba-cuba dulu..jangan risau tak rugi,percayalah...

4L – RM120 (sudah termasuk kos penghantaran)

PROMOSI - SEHINGGA 30 JUN 2016


Dah,jangan dok tanya pasai diskaun dah...bagi diskaun lebih lagi saya makan kuah jer 
la..hehehe...gurau ja !

Sebarang pertanyaan dan order boleh direct terus menghubungi no.ini,


Terima kasih kekawan kerana sudi singgah ke sini dan perabih baca tentang baja ni...







No comments:

Post a Comment